*Kita Malaysia, tiada istilah Bumi Melayu*-
konvensyen amanah 2018
Allah jadikan Jazirah Arab dengan bangsanya Arab dgn. berbagai Nasabnya
Allah jadikan India nan luas buat bangsa India, hindi dan bernasab India.
Allah jadikan China sayup mata keluasannya dengan kaum bangsa Cinanya.
Setiap bangsa Allah kurniakan tanah airnya….
Sayang sekali, Allah SWT kurniakan Tanah Melayu secebis dari peta dunia, ada pula makhluk menidakkan hak bangsa bertuan tanahnya… kontrak sosial di buang ke mana? Hebat sangatkah manusia² ini, pakaian sendiri di jahit orang, makan sekeluarga masih di suap pemerintah, berjalan sendiri masih di papah orang, baru tumbuh taji sudah berkokok garang.
Suluh diri jika berjati diri
koreksi peribadi gagahkah tidak terperi
Yang di badan masih rapuh sendi
Yang di jiwa masih lemah nan hati
Ada sekupang berlagak seringgit
Ada seringgit berbelanja seratus
Manusia apakah mereka membingit
Bicara tinggi melangit sembang macam bagus.
Jika di rujuk Jepun negara termaju sekalipun, tiada hak kewarga negaraan bagi pendatang, hatta beberapa keturunan lahir dan membesar di bumi matahari terbit ini, masih hanya layak memegang pemastautin tetap sahaja. Dan telah termaktub dalam kontrak sosial terdahulu dan di terima pakai oleh semua. Kamu pulak yang serahun jagung berlebihan pula.
PAN sedarkah apa yang di rapikkan? sedangkan hidup Pan hanya menumpang, usahlah berlebihan sangat berbohong dan berjanji…sampai waktu akan U turn juga nantinya. Mengampu tuan politikpun janganlah memandai-mandai Hak bangsa di gadaikan. Bukan kamu sahaja Melayu, malahan lebih 80% kami di luar Pan juga Melayu…kalaupun kalian 25%, barangkali sudah banyak berkurang kerana menyedari Parti kalian tarafnya ialah sekadar Khadam sahaja.
Becerminlah…
TIGS




